7 TIPS MEMILIH PELAMIN IDAMAN
Pelamin antara dekorasi penting dalam sesuatu majlis
perkahwinan. Tidak kira sama ada untuk
tujuan bersanding atau hanya sekadar latar belakang hiasan acara
bergambar dengan keluarga dan teman-teman tersayang. Justeru pemilihan pelamin
yang tepat adalah penting bagi merakamkan kenangan indah sbg ingatan sepanjang
hayat. Berikut adalah 7 tips memilih pelamin idaman yang perlu diambil kira sebelum
anda membuat keputusan melaksanakannya:
1.
1. PEMILIHAN TEMA
Tetapkan dahulu tema apakah yang menjadi
impian dekorasi perkahwinan anda. Tema ini biasanya digabungjalinkan dengan rekaan
busana pengantin. Keserasian antara pelamin dan busana pengantin akan
menyerlahkan suasana perkahwinan yang gemilang. Antara tema yang sering menjadi
pilihan adalah seperti tema tradisional melayu, English garden, Arabian,
Bollywood, shabby chic, green forest.
2. 2. PENENTUAN WARNA
Ketepatan pilihan warna pelamin akan
memberi kesan ekslusif ke atas keseluruhan dekorasi perkahwinan anda. Warna
bukan sekadar memberi keceriaan ke atas tema pilihan, malah ianya adalah
mewakili gambaran jiwa pengantin yang diraikan. Biasanya warna-warna pastel
seperti pink dan lilac menjadi pilihan yang sukakan kelembut. Warna terang
seperti orange dan merah untuk yang berani dan warna alam seperti biru dan
hijau untuk yang cintakan kedamaian. Jangan sedondonkan warna pelamin dengan
busana anda kerana ianya akan membuatkan anda tenggelam. Pilihlah sedikit warna
kontras namun masih dalam kelompok warna senada.
3. 3.JENIS BUNGA
Antara bunga segar atau bunga tiruan yang
mana satu menjadi kesukaan anda. Bunga-bunga
segar bukan sahaja cantik dipandang tetapi aroma semulajadinya cukup menawan. Manakala
pilihan bunga-bunga tiruan yang berkualiti juga akan menyerlahkan keindahan pada rekaan pelamin anda.
4.
4. KELUASAN RUANG
Lihat dan ukur dulu keluasan ruang rumah,
canopy atau stage dewan untuk pelamin anda. Keseimbangan antara rekaan pelamin
dengan ruang amat penting agar pelamin tidak nampak sarat dan melampaui batas
saiznya. Suaipadankan structure, drape, prop dan bunga agar kesemua element ini
bersatu dan mempunyai gaya tersendiri. Ingat… pelamin juga perlu ruang utuk
bernafas.
5. 5. FAKTOR PENCAHAYAAN
Jika anda orang yang mementingkan
kesempurnaan, faktor pencahayaan juga perlu diambil kira. Cahaya yang betul
akan mencipta atmosfer yang senada dengan tema pelamin anda. Cahaya akan membangkitkan
pancaran romantic, dramatic mahupun futuristic
6. 6. JURUHIAS PERKAHWINAN (WEDDING DECORATOR)
Mencipta pelamin yang unik dan terkini
memerlukan kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Tidak semua orang mampu
merialisasikan mimpi anda menjadi karya agong sepanjang hayat. Justeru
berkolaborasilah dengan juruhias yang berpengalaman dan mempunyai portfolio
yang baik agar anda lebih tenang untuk ke melangkah gerbang perkahwinan.
7.
7. SESUAIKAN BUDGET
Apapun pilihan pelamin ianya bergantung pada
budget anda. Buat kira-kira dan check list agar anda dapat merasai nikmat
pelamin cantik yang anda impikan dengan harga mampu milik. Berbincanglah dengan
juruhias perkahwinan serta keluarga anda supaya semuanya berjalan lancar lg
diberkati olehNya
7 tips pemilihan pelamin idaman ini berdasarkan pengalaman kami selama lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan di Malaysia. Berikut adalah contoh pelamin yang kami buat hasil perbincnagan tema, warna dan budget dengan pengantin dan keluarga.
tema modern islamic |
![]() |
tema shabby chic |
![]() |
tema winter garden |
![]() |
tema modern islamic garden |
![]() |
ema tradisional melayu |
![]() |
tema arabic |
Planning a perfect wedding?
Our wedding specialist will work with you from beginning to the end, handling each and every detail to make your dream wedding come true and to happily ever after!
.
For any enquiries please call
019-391 2575
011-1147 2575
.
Or drop us a message at
rseventkl@gmail.com
.
Rs Event KL Sdn Bhd 1218630-M
15-1-1 Diamond Square
Jalan 2/50, Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur
Malaysia
.
#weddingsdecorator #weddingplanner #weddingsmalaysia #pelamin#weddingdesigner #weddingideasmalaysia #malayweddingguides#nikah
.
For any enquiries please call
019-391 2575
011-1147 2575
.
Or drop us a message at
rseventkl@gmail.com
.
Rs Event KL Sdn Bhd 1218630-M
15-1-1 Diamond Square
Jalan 2/50, Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur
Malaysia
.
#weddingsdecorator #weddingplanner #weddingsmalaysia #pelamin#weddingdesigner #weddingideasmalaysia #malayweddingguides#nikah
No comments:
Post a Comment