Saturday, 28 January 2017

7 tips memilih pelamin idaman


7 TIPS MEMILIH PELAMIN IDAMAN
Pelamin antara dekorasi penting dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tidak kira sama ada untuk  tujuan bersanding atau hanya sekadar latar belakang hiasan acara bergambar dengan keluarga dan teman-teman tersayang. Justeru pemilihan pelamin yang tepat adalah penting bagi merakamkan kenangan indah sbg ingatan sepanjang hayat. Berikut adalah 7 tips memilih pelamin idaman yang perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan melaksanakannya:
1.     
        1. PEMILIHAN TEMA
Tetapkan dahulu tema apakah yang menjadi impian dekorasi perkahwinan anda. Tema ini biasanya digabungjalinkan dengan rekaan busana pengantin. Keserasian antara pelamin dan busana pengantin akan menyerlahkan suasana perkahwinan yang gemilang. Antara tema yang sering menjadi pilihan adalah seperti tema tradisional melayu, English garden, Arabian, Bollywood, shabby chic, green forest.

2.       2. PENENTUAN WARNA
Ketepatan pilihan warna pelamin akan memberi kesan ekslusif ke atas keseluruhan dekorasi perkahwinan anda. Warna bukan sekadar memberi keceriaan ke atas tema pilihan, malah ianya adalah mewakili gambaran jiwa pengantin yang diraikan. Biasanya warna-warna pastel seperti pink dan lilac menjadi pilihan yang sukakan kelembut. Warna terang seperti orange dan merah untuk yang berani dan warna alam seperti biru dan hijau untuk yang cintakan kedamaian. Jangan sedondonkan warna pelamin dengan busana anda kerana ianya akan membuatkan anda tenggelam. Pilihlah sedikit warna kontras namun masih dalam kelompok warna senada.

3.       3.JENIS BUNGA
Antara bunga segar atau bunga tiruan yang mana satu menjadi kesukaan anda.  Bunga-bunga segar bukan sahaja cantik dipandang tetapi aroma semulajadinya cukup menawan. Manakala pilihan bunga-bunga tiruan yang berkualiti juga akan menyerlahkan keindahan  pada rekaan pelamin anda.

4.       4. KELUASAN RUANG
Lihat dan ukur dulu keluasan ruang rumah, canopy atau stage dewan untuk pelamin anda. Keseimbangan antara rekaan pelamin dengan ruang amat penting agar pelamin tidak nampak sarat dan melampaui batas saiznya. Suaipadankan structure, drape, prop dan bunga agar kesemua element ini bersatu dan mempunyai gaya tersendiri. Ingat… pelamin juga perlu ruang utuk bernafas.

5.       5. FAKTOR PENCAHAYAAN
Jika anda orang yang mementingkan kesempurnaan, faktor pencahayaan juga perlu diambil kira. Cahaya yang betul akan mencipta atmosfer yang senada dengan tema pelamin anda. Cahaya akan membangkitkan pancaran romantic, dramatic mahupun futuristic

6.       6. JURUHIAS PERKAHWINAN (WEDDING DECORATOR)
Mencipta pelamin yang unik dan terkini memerlukan kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Tidak semua orang mampu merialisasikan mimpi anda menjadi karya agong sepanjang hayat. Justeru berkolaborasilah dengan juruhias yang berpengalaman dan mempunyai portfolio yang baik agar anda lebih tenang untuk ke melangkah gerbang perkahwinan.

7.       7. SESUAIKAN BUDGET

Apapun pilihan pelamin ianya bergantung pada budget anda. Buat kira-kira dan check list agar anda dapat merasai nikmat pelamin cantik yang anda impikan dengan harga mampu milik. Berbincanglah dengan juruhias perkahwinan serta keluarga anda supaya semuanya berjalan lancar lg diberkati olehNya

7 tips pemilihan pelamin idaman ini berdasarkan pengalaman kami selama lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan di Malaysia. Berikut adalah contoh pelamin yang kami buat hasil perbincnagan tema, warna dan budget dengan pengantin dan keluarga.

tema modern islamic

tema shabby chic

tema winter garden

tema modern islamic garden

ema tradisional melayu

tema arabic
Planning a perfect wedding?

Our wedding specialist will work with you from beginning to the end, handling each and every detail to make your dream wedding come true and to happily ever after!
.
For any enquiries please call
019-391 2575
011-1147 2575
.
Or drop us a message at
rseventkl@gmail.com
.
Rs Event KL Sdn Bhd 1218630-M
15-1-1 Diamond Square
Jalan 2/50, Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur
Malaysia
.
#weddingsdecorator #weddingplanner #weddingsmalaysia #pelamin#weddingdesigner #weddingideasmalaysia #malayweddingguides#nikah

Faccebook & Instagram @rseventkl

Sejarah RS Event


RS Event KL telah menimba pengalaman lebih daripada 14 tahun dalam industri dekorasi perkahwinan dan pelbagai majlis di Malaysia. Syarikat ini dimiliki bersama oleh Rozalinda Osman dan Mohd Sidek Osman. Nama RS Event KL ini diambil sempena pangkal nama Rozalinda (R) dan Sidek (S). Event menggambarkan kepelbagaian kerja dekorasi majlis yang dilakukan. Manakala KL adalah singkatan kepada bandar Kuala Lumpur iaitu lokasi pejabat kami.

RS Event KL dahulunya dikenali sebagai Roza Decor. Asalnya menjalankan operasi jahitan produk hiasan dalaman seperti langsir, alas meja, cadar dan lain-lain. Juga melakukan kerja-kerja dekorasi majlis perkahwinan kepada perancang perkahwinan ternama Malaysia antaranya Abu Faizul (Gedung Pak Abu), Razak Ahmad (Flora etc), Radzuan Radzi (Radzuan Radziwill), Akin Bari (Serambi Kaseh), Sabri Majid (Reka-reka), Zulkifli Ahmad (Ereka Creation), Faizul (Glam by Rizalman) serta Syon dan Iqmal (Roll Em Production) .

Selaras dengan kehendak dan cabaran semasa penukaran nama Roza Decor kepada RS Event KL ini dilakukan demi lebih fokus kepada kerja-kerja dalam industri dekorasi perkahwinan dan pelbagai majlis keraiaan yang lain seperti sambutan hari ulangtahun, perasamian produk dan majlis berendoi.

Berikut adalah lakaran potret kami sebagai pengenalan diri. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta... dari mata turun ke hati. Salam perkenalan semua...
ROZALINDA OSMAN
MOHD SIDEK OSMAN
SEBAGAI CREW GLAM WEDDING BY RIZALMAN DALAM RANCANGAN REALITI
 PERKAHWINAN TAJAAN ASTRO DI MAEP SERDANG



BERKOLABORASI DGN SERAMBI KASEH KETIKA MAJLIS PERTABALAN SULTAN PERAK,
SULTAN NAZRIN SHAH



SEBAGAI CREW FLORA ETC SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN CUCUNDA SULTAN PERAK
 ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH




BERSAMA SABRI MAJID (REKA-REKA) JOB DI ISTANBUL


BERSAMA PAK ABU JOB DI KLCC TWIN TOWER


BERSAMA RAZAK AHMAD FLORA ETC JOB DI MANDARIN HOTEL


BERSAMA RADZUAN RADZIWILL JOB DI ST REJIS KL





MENJADI CREW PAK ABU JOB DI MUMBAI INDIA


FLORIST DAN CREW ROLL EM PRODUCTION  JOB DI MIRI SARAWAK


FLORIST BERSAMA SURIA (NSJ EVENT) JOB DI ISTANA SERI MENANTI


FLORIST DAN CREW GLAM WEDDING JOB DI ISTANA PERLIS


FLORIST DAN CREW FLORA ETC JOB DI BRUNEI